Unit Pensijilan Kod Amalan (CoPCU) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti skim pensijilan untuk industri sawit Malaysia. Ketika ini, skim pensijilan yang dilaksanakan oleh unit ini adalah skim pensijilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN) yang telah dimandatorikan pelaksanaannya bermula 1 Julai 2022. Pelaksanaan skim pensijilan ini memberi penekanan terhadap amalan dan prosedur untuk menjalankan sebuah tapak semaian sawit bagi menghasilkan bahan tanaman sawit yang berkualiti tinggi. Bagi mengekalkan mutu pelaksanaan pengauditan skim pensijilan CoPN, unit ini juga mengekalkan pematuhan tahunan terhadap standard ISO/IEC 17021 Conformity assessment – Requirements for bodies providing audit and certification of management systems.
Visi
Menjadi pusat rujukan utama bagi pengusaha tapak semaian sawit berdasarkan kod amalan sejagat.
Misi
Meningkatkan penghasilan bahan tanaman sawit berkualiti melalui pelaksanaan skim pensjilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN).
Objektif
Menjamin penghasilan bahan tanaman sawit berkualiti melalui pelaksanaan skim pensjilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN).
Fungsi
Menyediakan perkhidmatan Pensijilan Kod Amalan Baik MPOB.
[TABS_R id=5559]
[TABS_R id=5564]