Penubuhan unit ini adalah bertujuan bagi melaksanakan program pembangunan serta penerapan aktiviti-aktiviti keusahawanan untuk pekebun-pekebun kecil sawit persendirian di seluruh Malaysia. Antara program-program pembangunan dan keusahawanan yang telah dan sedang dijalankan oleh unit ini adalah Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Diskaun Cantas (SKIDIC), Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan (ITa & ITe) dan penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) di seluruh Malaysia.
Visi
Memperkasa pekebun kecil sawit persendirian melalui program penyaluran insentif kerajaan yang berkesan bagi pembangunan kawasan tanaman sawit secara optimum, menubuh dan mengawal selia Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) di kalangan pekebun kecil sawit persendirian di seluruh Malaysia.
Misi
Merangka, merancang serta menguruskan program-program pembangunan dan aktiviti penyaluran insentif kerajaan untuk pekebun kecil sawit persendirian secara cekap, efisien dan berintegriti, serta membantu dan mengawal selia penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) di kalangan pekebun kecil sawit persendirian di seluruh Malaysia.
Fungsi Unit
- Melaksana dan memantau program pembangunan pekebun kecil sawit persendirian melalui pelaksanaan skim-skim bantuan kerajaan.
- Menjalankan kajian penilaian ‘outcome’ untuk semua skim bantuan yang telah disalurkan kepada pekebun kecil sawit persendirian.
- Membantu proses penubuhan dan pelaksanaan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) selepas mendapat permohonan dari kelompok pekebun kecil sawit persendirian di Malaysia selaras dengan peruntukan dan peraturan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan MPOB.
- Mengawal selia semua aktiviti Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) yang telah ditubuhkan selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Objektif Unit
- Meningkatkan tahap sosioekonomi pekebun kecil melalui keberkesanan program penyaluran insentif dan geran bantuan kerajaan khasnya dari aspek pembangunan pekebun kecil sawit persendirian di Malaysia.
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan teknikal sawit kepada pekebun kecil sawit persendirian di dalam mencapai tahap kemampanan melalui amalan pertanian baik (GAP).
- Menggalakkan pekebun kecil sawit persendirian bersatu dan bertindak secara berkumpulan melalui koperasi atas satu hasrat dan matlamat yang sama.
- Membantu proses permohonan penubuhan koperasi dari kumpulan pekebun kecil sawit persendirian dan mengawal-selia pengurusan koperasi supaya sentiasa berada pada landasan yang betul.
Seksyen Keusahawanan Pekebun Kecil
Ketua Seksyen
![]() |
Pegawai Profesional
![]() | ![]() | ![]() |
Seksyen Pembangunan Pekebun Kecil
Ketua Seksyen
![]() |
Pegawai Profesional
![]() | ![]() |
Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM)
Pengenalan
KPSM merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil sawit persendirian. Penubuhan KPSM telah mula dilaksanakan pada 2010 dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Objektif
- Menyatukan dan memperkasakan pekebun kecil sawit persendirian di bawah koperasi.
- Menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.
- Mengeluarkan sawit secara mampan melalui amalan pertanian baik dan pensijilan MSPO.
Aktiviti KPSM
- Taklimat, promosi dan penubuhan KPSM.
- Mesyuarat Agong Tahunan.
- Penubuhan pusat timbang.
- Kursus koperasi dan penggredan.
Aktiviti Perniagaan
- Pemasaran buah tandan segar (BTS)
- Penjualan input pertanian seperti baja
- Pengangkutan
Pegawai
- Nur Hanani Mansor / 03-87694257 / nurhanani@mpob.gov.my
- Mohd Haidhar Abdul Hamid/ 03-87694842 / mohd.haidhar@mpob.gov.my
- Mohd Ridzuan Sohimi / 03-87693846 / ridzuan@mpob.gov.my
- Muhammad Rais Rohaizad Razalli / 03-87694380 / raisrohaizad@mpob.gov.my
![]() | ![]() |
Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS)
Pengenalan
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menyediakan peruntukan khusus bagi skim pembiayaan mudah untuk pembelian input pertanian penanaman sawit.
Objektif
- Menyediakan pembiayaan mudah dengan kadar keuntungan yang rendah (2%) kepada pekebun kecil untuk membeli input pertanian seperti baja dan bahan kawalan rumpai, perosak & penyakit bagi tanaman sawit serta pembelian anak benih sawit baru (penggantian).
- Menggalakkan aktiviti pembajaan dan penyelenggaraan kebun sawit di kalangan pekebun kecil sawit serta membantu mengurangkan bebanan kos pembelian input pertanian terutamanya baja sawit.
Pegawai
- Rahmahwati Rasuddin/ 03-87693855/ rahmahwati@mpob.gov.my
- Nurul Aida Abu Bakar / 03-87694773 / nurul.aida@mpob.gov.my
![]() | ![]() |
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS)
Pengenalan
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menyediakan dan memperkenalkan dana khusus untuk pembiayaan mudah bagi kerja – kerja penanaman semula sawit untuk pengusaha sawit khususnya pekebun kecil persendirian. Dana yang disediakan adalah di dalam bentuk pembiayaan dengan kadar keuntungan rendah iaitu hanya 2% setahun.
Objektif
- Menyediakan pembiayaan mudah dengan kadar keuntungan rendah (2% setahun) untuk pekebun kecil menebang sawit tua (usia sawit melebihi 25 tahun) atau sawit tidak lagi produktif dengan menanam semula sawit yang lebih berkualiti.
- Membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil sawit dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula sawit.
- Meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) pekebun kecil.
- Meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan negara.
Pegawai
- Rahmahwati Rasuddin/ 03-87693855/ rahmahwati@mpob.gov.my
- Nurul Aida Abu Bakar / 03-87694773 / nurul.aida@mpob.gov.my
![]() | ![]() |
Skim Diskaun Cantas (SKIDIC)
Pengenalan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperkenalkan pemotong sawit bermotor dikenali sebagai CANTAS yang digunakan untuk menuai tandan sawit dan memotong pelepah sawit. Ia terbukti amat membantu dalam meningkatkan keberkesanan aktiviti penuaian.
Objektif
- Bagi mengalakkan penggunaan CANTAS di kalangan pekebun kecil sawit, diskaun bernilai RM 1,000 telah disediakan bagi pembelian melalui program Skim Diskaun Cantas (SKIDIC).
- Membuka peluang penjanaan pendapatan tambahan kepada pengusaha sawit dengan mengalakkan pekebun kecil, kontraktor atau individu (persendirian) mengambil upah menuai sawit di ladang pekebun kecil sawit.
Pegawai
- Rahmahwati Rasuddin / 03-87693855 / rahmahwati@mpob.gov.my
- Naqiah Zainal Abidin / 03-87694364 / naqiah@mpob.gov.my
![]() | ![]() |
Skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (ITa)
Pengenalan
Kerajaan di dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi industri sawit negara terutama untuk sektor pekebun kecil telah memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa). Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semulajadi yang lebih optimum.
Objektif
- Menggalakkan pekebun kecil sawit persendirian melaksanakan aktiviti integrasi tanaman dengan sawit di dalam memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang melalui penghasilan bahan makanan.
- Menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit persendirian khususnya ketika sawit di peringkat pra-matang (sawit masih belum mengeluarkan hasil).
- Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.
Pegawai
- Rahmahwati Rasuddin / 03-87693855 / rahmahwati@mpob.gov.my
- Nor Syamira Hasri / 03-87693933 / syamira@mpob.gov.my
![]() | ![]() |
Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe)
Pengenalan
Kerajaan menerusi MPOB telah memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe) sebagai salah satu alternatif kepada pekebun kecil sawit untuk mempelbagaikan sumber pendapatan selain daripada sawit. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang sedia ada di dalam kebun sawit.
Objektif
- Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan penternakan.
- Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit.
- Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.
Pegawai
- Dr. Md Zainal Rasyidi Mat Rodi / 03-87694905 / zainal.rasyidi@mpob.gov.my
- Noor Asrani Ab Rahman / 03-87694982 / asrani@mpob.gov.my
- Mohd Anuar Roselee / 03-87693968 / anuar.roselee@mpob.gov.my
![]() | ![]() |