- Unit Khidmat Pengembangan, telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pemindahan teknologi berkaitan pengurusan sawit kepada golongan sasar iaitu pekebun kecil sawit persendirian.
- Pegawai TUNAS (Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit) atau pegawai pengembangan dilantik sebagai agen pemindahan teknologi diseluruh Malaysia termasuk khidmat nasihat latihan, pensijilan MSPO/ GAP, menyalurkan bantuan-bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat.
- Pekebun kecil sawit persendirian ditakrifkan sebagai individu yang memiliki tanah yang ditanam dengan sawit dengan keluasan kurang daripada 40.46 ha atau 100 ekar.
Visi
Membangunkan pekebun kecil persendirian sawit yang dinamik dan progresif serta meningkatkan produktiviti industri sawit negara.
Misi
Untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pekebun kecil berkenaan kepentingan kemahiran dan perubahan sikap untuk meningkatkan produktiviti melalui khidmat pengembangan yang cekap dan terancang.
Seksyen Pemindahan Teknologi
Ketua Seksyen
![]() |
Pegawai Profesional
![]() |
Seksyen Teknologi & Khidmat Sokongan
Ketua Seksyen
![]() |
Pegawai Profesional
![]() |
Seksyen Pensijilan MSPO
Ketua Seksyen
![]() |
Pegawai Profesional
Sub Seksyen Pengurusan MSPO | Sub Seksyen Pelaksanaan |
![]() | ![]() | ||||
![]() | ![]() |
Penyelaras Tunas Zon
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() |
Pensijilan Amalan Pertanian Baik (GAP)
Pengenalan
Penilaian Pensijilan Amalan Pertanian Baik (GAP) pekebun kecil sawit (PKS) merupakan satu kaedah penilaian kebun secara individu bagi membantu PKS membuat persediaan kebun untuk pensijilan MSPO.
Objektif
Objektif Pensijilan Amalan Pertanian Baik (GAP) MPOB adalah untuk memastikan kebun-kebun pekebun kecil diurus dan diselenggara mengikut piawaian yang disyorkan oleh MPOB bagi pengeluaran hasil BTS yang optimum dan berkualiti.
Faedah Yang Diterima oleh Pekebun Kecil
- Menerima lawatan penilaian kebun dan khidmat nasihat pengurusan amalan pertanian baik (GAP) daripada Pegawai TUNAS secara percuma.
- Menerima Sijil Pensijilan GAP MPOB sekiranya mematuhi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam amalan GAP.
Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO)
Pengenalan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah diberikan peranan untuk menggubal satu piawaian untuk diwartakan sebagai Piawaian Malaysia (MS). Piawaian ini dinamakan sebagai Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil – MSPO). MSPO telah dibangunkan bersama dengan komuniti sawit Negara, pakar-pakar kelestarian dan SIRIM Bhd. Piawaian Malaysia MSPO telah diwartakan pada 5 September 2013. Piawaian MSPO telah dilancarkan kepada pihak industri sawit pada 19 November 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan pelaksanaannya bermula secara sukarela pada 1 Januari 2015.
Setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pihak industri sawit Malaysia, akhirnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mewajibkan pelaksanaan Skim Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) pada 1 Januari 2020.
Objektif
Memastikan segala aspek kemampanan dalam industri sawit Malaysia digunapakai oleh semua pengeluar termasuk pekebun kecil.
Faedah Yang Diterima Pekebun Kecil
Mendapatkan khidmat MPOB secara percuma dalam mendapatkan Pensijilan MSPO merangkumi kos pensijilan, latihan dan lain-lain.
Ahli Kelab 30 Tan
Pengenalan
- Pekebun kecil yang mencapai pengeluaran hasil BTS 30 tan/ha/tahun atau lebih akan disenaraikan sebagai ahli Kelab 30 Tan.
- Kebanyakan ahlinya diiktiraf sebagai Peladang Jaya sama ada di peringkat MPOB mahupun di peringkat kebangsaan. Secara tidak langsung ahli Kelab 30 Tan telah menjadi role model untuk pekebun kecil sawit yang lain untuk terus memajukan diri dan meningkatkan produktiviti sawit mereka.
Objektif
- Ini adalah bertujuan untuk memberi dorongan dan motivasi kepada pekebun kecil tersebut untuk mencapai hasil yang lebih tinggi pada masa hadapan.
- Untuk membentuk kumpulan pekebun kecil persendirian yang cemerlang, berpengalaman, berdaya saing, progresif dan dinamik melalui pakej pemindahan teknologi yang terancang serta mendorong dan membimbing pekebun kecil persendirian yang lain supaya lebih bersemangat untuk berjaya.
Faedah Yang Diterima Pekebun Kecil
- Pemberian surat penghargaan Kelab 30 Tan sebagai pengiktirafan oleh MPOB.
- Khidmat Nasihat secara berkala oleh pegawai TUNAS MPOB.
- Diberi keutamaan untuk mengikuti aktiviti anjuran MPOB seperti mengikuti seminar, persidangan, kursus, bengkel dan lain-lain.
- Berpeluang mengikuti program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh MPOB bagi meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi baru berkaitan sawit.
- Berpeluang mendapat anugerah pekebun kecil berjaya dalam program anjuran kementerian atau agensi.
Khidmat Nasihat Percuma
Pengenalan
Lawatan Khidmat Nasihat bertujuan untuk memberi nasihat teknikal dan menyampaikan teknologi terkini dalam pengurusan sawit kepada pekebun kecil sawit. Lawatan ini merangkumi Plot Demonstrasi, Model Kebun, lawatan audit GAP, Lawatan Industri Sawit (AIS) dan juga lawatan-lawatan yang berkaitan dengan industri sawit.
Objektif
Meningkatkan pengetahuan tentang amalan pertanian baik (GAP) dan secara langsung dapat meningkatkan produktiviti kebun.
Faedah Yang Diterima Pekebun Kecil
- pembangunan kebun sawit yang dilaksanakan mengikut amalan pertanian yang baik
- Menerima maklumat dan teknologi terkini berkaitan tanaman sawit selain menyalurkan skim bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat
- pekebun kecil dapat mengaplikasi amalan pertanian baik dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti mereka
- pemantauan dan pemindahan teknologi secara bersemuka dan berterusan oleh pegawai TUNAS mampu mengubah corak amalan pertanian baik pekebun kecil bagi memastikan kelangsungan produktiviti pekebun kecil