Pengenalan
SECD bermula dengan Unit Pembangunan Pekebun Kecil dan Pemindahan Teknologi (UPPK & PT) di bawah Bahagian Biologi. Pada 1 September 2007, UPPK & PT telah dinaiktaraf menjadi Bahagian dengan nama Bahagian Penyelidikan Integrasi dan Pengembangan (IRED). IRED memberi fokus penyelidikan integrasi tanaman dan ternakan di ladang sawit dan khidmat nasihat penanaman sawit kepada pekebun kecil persendirian. Seterusnya pada tahun 2020, IRED telah diberi nama baru iaitu Bahagian Penyelidikan Pembangunan Pekebun Kecil (SDRD). Selaras dengan perkembangan dan usaha SDRD untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil persendirian dan melaksanakan pensijilan MSPO pekebun kecil sawit persendirian Terbaru pada 3 Julai 2023, pihak pengurusan MPOB telah bersetuju dengan penstrukturan semula SDRD dan dijenamakan sebagai Bahagian Pengembangan Pekebun Kecil dan Pensijilan (SECD) di bawah pentadbiran Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan).